Tentang Blog

Blog ini di wujudkan bagi menunjukkan bukti - bukti kebesaran Allah S.W.T. yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hasil kajian manusia pada abad ini dengan menggunakan technology yang canggih mampu merungkai rasia keajaiban alam yang dirakamkan di dalam Al-Quran dengan lebih tepat dan saintific. Ini menunjukkan Al-Quran adalah satu mukjizat yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun dahulu adalah benar lagi menyakinkan.

Pages

Powered by Blogger.

Archive for March 2014

Teori Kejadian Alam Menurut Al-Quran

Saya meyakini bahawa sesiapa yang membaca kisah ini pasti akan merasa takjub tentang bagaimana penciptaan alam semester yang di rakamkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. Dr. Danial Zainal Abidin menulis di dalam sebuah kitabnya "Quran Saintific" mengatakan bahawa alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah Al-Anbiya' ayat 30 Allah berkata, "Apakah orang-orang kafir itu tidak melihat langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadia langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.



Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan perhatian, iaitu ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataan Arab raqata yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan mengucup. Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka terungkai dan mengembang.

Berhubung dengan ayat ini, imam Said bin Jubair berkata. " Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang
dimaksudkan Allah dalam ayat ini." Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam Al-Asas
Fi Al-Tafsir , " Tafsiran yang dibuat sebagai contohnya oleh imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini. " Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.

Teori Big Bang
Teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis berhubung permulaan alam Semesta pada hari ini dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut laporan yang terdapat di laman web NASA, dalam segmen Bigbang Cosmology, Kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa milimeter sahaja. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat hari ini. Mengikut teori Big Bang alam ini pada asalnya bercantum padu, sekitar 13.7 bilion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-plenet, galaksi dan yang seumpamanya.


 Teori ini pada asalnya dicadangkan berasaskan formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan lagi teori Big Bang ini.
  Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemukan bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti dengan pengembangan selepas itu. Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya, menguatkan lagi teori Big Bang. Kajian mengenai tahap radiasi di angkasa raya dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias dan Robert Wilson, pada tahun 1965, dan penemuan ini disahkan oleh pakar-pakar sains yang lain dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989 hingga 1993. Pada hari ini dengan kewujudan alat dan prsanara yang canggih , sebagai contoh , makmal CERN yang terletak berhampiran dengan bandar Geneva si Switzerland, banyak kajian baru dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini mengukuhkan lagi teori bing bang. Hal ini dilaporkan oleh Particle Physics and Astronomy Research Council (PPARC,UK) dalam artikel bertajuk Big Bang Science (1999). Pada hari ini teori big bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden (standard cosmology) pada hari ini. 

   Justeru kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr.Alfred Kroner. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di jabatan Geology di institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata, "Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya. 




Pintu "Neraka" Turkmenistan


Apabila kita mendengar perkataan "neraka" , mesti fikiran bertanya bagaimana rupa 'pintu neraka' itu..??
Sebagai gambaran, berkunjunglah ke Turkmenistan yang terletak di wilayah Asia Tengah bagi mengetahui jawapannya. Pintu neraka ini berada berdekatan bandar kecil Darvaza ataupun tempatnya di padang pasir Karakum. Pertama kali pintu neraka ini dijumpai pada tahun 1971 oleh seorang ahli geologi yang mahu menggerudi gas. Pada awalnya lubang 'neraka' ini cuma berkeluasan beberapa meter persegi sahaja dan mengeluarkan gas. Tetapi kini lubangnya terus melebar sehingga berdiameter 60 meter dengan kedalaman mencecah 20 meter, manakala permukaannya diselubungi api. Suhu panasnya di permukaan kawah melebihi 500 darjah celcius.

   Oleh kerana lubang ini mengeluarkan Gas Mentana (CH4), ahli geologi mengambil inisiatif membakarnya bagi menghindari pencemaran gas itu ke atmosfera. Ini kerana, Gas Mentana adalah antara gas rumah kaca yang dapat menyebabkan pemanasan global (global warmming). Potensinya memanaskan global jauh lebih tinggi berbanding gas Karbon Dioksida, iaitu daripada 72 (dihitung selama tempoh 20 tahun) ataupun 25 (bagi jangka waktu 100 tahun) kali ganda. Disamping itu , Gas Mentana mempengaruhi kemerosotan lapisan ozon.

   Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah "pintu neraka" itu ukurannya melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi membuatkan ia terbakar "walau terkena air hujan pun apinya tidak mati"
Lubang api raksasa itu kelihatan dari jauh kerana berada didaratan tandus yang luas. Bila malam tampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari "pintu neraka".


Para ahli Vulkanalogi membuat kesimpulan 'Pintu Neraka' Turkmenistan adalah mulut kawah  (summit crater) iaitu antara element dasar gunung berapi. Mulut kawah ini adalah bahagian luar daripada permukaan gunung berapi, sementara di dalamnya ada saluran (tunnel) yang besambung ke ruang magma. Menariknya, pintu neraka Turkmenistan ini adalah kawah yang terletak pada permukaan yang mendatar. Umumnya, mengikut kajian perihal asal usul , struktur dan perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi ataupun geomorfologi, kawah terletak pada permukaan yang berbentuk kon tirus ke atas. Kawahnya adalah kawah berapi yang terjadi akibat aktiviti tangan manusia sendiri dan sebahagian besarnya terbentuk hasil daripada proses alam, manakala permukaan terisi air hujan, salji yang mencair, ataupun tasik kawah.

Fenomena pintu neraka tidak hanya berlaku di Turkmenistan tetapi turut dijumpai di beberapa kawasan lain di dunia, seperti di Rotorua di New Zealand, Afar di Timur Laut Ethiopia, dan Gunung Erebus di Antartika. 


Renungan

Apabila alam memperlihatkan keindahannya, pesonanya itu mampu menenangkan hati orang yang memerhatikannya. Namun membuat hati menjadi gundah, gelisah, dan tergugat lalu sentiasa ingat kepada Penciptanya. Begitulah juga dengan fenomena alam 'pintu neraka' Turkmenistan ini. Apabila pintu nerak dunia sahaja sudah begitu menakutkan, bagaimana keadaan nerak yang sebenar di akhirat kelak.
Allah menerangkan dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."




Rujukan 

1. Kitab "50 Misteri Yang Menggemparkan Dunia" bahagian 1 : Fenomena Alam , halaman 18.




Fenomena Ice Circle


   Sekiranya anda sedang berjalan-jalan di tepi sungai pada musim salji, jangan terkejut apabila tiba-tiba anda melihat sebuah piring ais raksasa yang berpusar atau sedang berpusing. Jangan anda membuat andaian bahawa UFO telah mendarat di sungai tersebut.  Sebenarnya, lingkaran ais itu adalah fenomena alam yang dikenal sebagai  "Ice Circle".

   Ice Circle ataupun disebut sebagai ice discl ice ring adalah fenomena alam yang terjadi pada arus air yang perlahan di kawasan beriklim sejuk, biasanya fenomena ini terjadi ketika salji mulai mencair.  Fenomena ini mula disebarkan pertama kali pada tahun 1895 oleh majalah Scientific American. London news juga  pernah melaporkan perkara ini kerana pernah terjadi di Toronto pada tahun 1930.

   Ice  circle terbentuk kerana adanya aliran air yang mengalami dinamik bendalir berpusar (circular motion) ketika melalui satu-satu halangan. Aliran air yang bergerak itu mencipta ruang di sekitar sisi hilir object sehingga mematahkan bongkahan ais dan kemudian berpusar. Hasil daripada aliran air yang berlarutan itu, bongkahan ais itu terus berpusar dan melincinkan bahagian tepi ais itu sehingga membentuk lingkaran sempurna.  Tahap kelajuan ice circle itu berpusar bergantung kepada tahap kelajuan aliran air di sungai tersebut. Kebiasannya ice circle berpusar dengan kejalajuan minimum.


Fenomena ini berlaku di beberapa negara seperti Amerika, Norway, Scandinavia, Sweden, Britain, Russia, Kutub Utara dan Kanada. Ukuran 'ice circle' yang terbentuk mempunyai diameter yang berbeza-beza iaitu dari hanya sekadar puluhan sentimeter sehingga lingkaran raksasa berdiameter empat meter seperti yang terjadi di Sweden. Ada kalanya hanya ada sebuah 'ice circle yang terbentuk, tetapi di beberapa negara ice circle yang terbentuk dapat mencapai puluhan buah di lokasi yang sama, seperti yang terjadi di Sungai Sheridan di Rattray, Marsh Conservation Area di Kanada, Sungai di Templin Garden, Kanada dan sungai Llugwy di Britain.


Renungan 

Alam ini indah bak lukisan yang berpadu dengan keharmonian warna, ciptaan yang teratur, tenaga pembentukkannya, serta lakaran ciptaan corak yang melukisnya. Begitu juga dengan adanya lukisan alam semesta menunjukkan adanya ' Pelukis' alam semesta, iaitu Allah . Allah menjelaskan dalam surah Al-Furqan, ayat 2 yang bermaksud : 

"Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukuran dengan serapi-rapinya."

Rujukan 

1. Kitab '50 Misteri Menggemparkan Dunia' bahagian 1 : Fenomena Alam, Halaman 43.
2. Video http://www.youtube.com/watch?v=65Aos10YJTs

Air terjun Angel




Air Terjun Angel atau Santo Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3.212 kaki) dengan jatuh tanpa hambatan sekitar 807 meter (2.647 kaki). Air terjun ini terletak di Rio CaroniTaman Nasional CanaimaVenezuela.

Meskipun pertama kali dilihat di awal abad ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak dikenal dunia sampai ditemukan secara resmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari lokasi tambang emas. Pada tahun 1936, James Angel kembali dan mendaratkan pesawatnya di dekat air terjun. Air terjun ini dinamakan "Air terjun Angel" untuk mengenang penemunya, James Crawford Angel. Suku Indian Pemon (penduduk setempat) menyebut air terjun ini sebagai "Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang berarti "Gunung Setan". Nama itu diambil, karena banyaknya pendaki yang mencoba menaklukkan gunung itu tidak pernah kembali, suku Indian Pemon percaya mereka yang tidak kembali telah berpindah ke tangan penguasa sungai.
Ketinggian resminya ditentukan oleh National Geographic Society pada 1949. Air terjun ini merupakan atraksi turis paling terkenal di Venezuela.

Gunung Everest

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunungHimalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepaldan Tibet. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai Sagarmatha (Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibetan Chomolangma atauQomolangma ("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh SirAndrew Waugh, jeneral peninjau British di India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).



Gurun Sahara


(imej satelite)

1. Gurun Sahara terletak di Afrika Utara. 
2. Kawasan ini mengalami iklim gurun yang sangat panas dan kering sepanjang tahu
3. Suhu waktu siangnya panas, iaitu antara 38⁰C hingga 44⁰C. Suhu waktu malam pula sangat sejuk, iaitu 10⁰C. 
4. Purata hujan tahunan kurang daripada 250mm dan turun jarang-jarang. 

5. Tumbuh dan hidupan liar tahan panas dapat hidup di Gurun Sahara. 
6. Ciri-ciri tumbuhan gurun ialah: 
a) berdaun keras, berduri, berlilin, berkilat, berbulu dan liat. 
b) berakar panjang untuk menyerapkan kehilangan air melalui transpirasi (perpeluhan) 

7. Contoh tumbuhan gurun ialah kaktus, samun berduri, rumput keras, akasia bantut. 
a) Pokok kaktus mempunyai batang berlendir dan berongga untuk menyimpan air.
b) Pokok kaktus Prickly Pear pula adalah jenis tumbuhan yang tidak berdaun tetapi berduri. 
c) Tumbuhan jenis rumput seperti samun Creosoe dan akasia mempunyai akar panjang dan menjalar jauh ke dalam bumi untuk menyerap air. 
8. Terdapat biji benih untuk tumbuhan berumput yang mempunyai kulit tebal dank eras. Biji benih akan bercambah dengan cepat apabila hujan turun.

9. Hidupan liar yang hidup di kawasan gurun Sahara ialah rusa gazella, unta, cicak dan ular. 

10. Hidupan di gurun ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan gurun panas dan air yang sedikit. 

11. Unta mempunyai bonggol untuk menyimpan air dan lemak dalam tempoh yang lama. 

12. Rusa gazella mempunyai kaki yang panjang untuk berlari dengan pantas dan jauh untuk mencari air. 

13. Cicak dan ular mempunyai sisik yang dapat mengurangkan kehilangan air daripada badan.
Tag : ,

Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.[1] Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya..



Tag : ,

- Copyright © Alam Saintifik - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -