Posted by : Unknown Saturday, 22 March 2014


Apabila kita mendengar perkataan "neraka" , mesti fikiran bertanya bagaimana rupa 'pintu neraka' itu..??
Sebagai gambaran, berkunjunglah ke Turkmenistan yang terletak di wilayah Asia Tengah bagi mengetahui jawapannya. Pintu neraka ini berada berdekatan bandar kecil Darvaza ataupun tempatnya di padang pasir Karakum. Pertama kali pintu neraka ini dijumpai pada tahun 1971 oleh seorang ahli geologi yang mahu menggerudi gas. Pada awalnya lubang 'neraka' ini cuma berkeluasan beberapa meter persegi sahaja dan mengeluarkan gas. Tetapi kini lubangnya terus melebar sehingga berdiameter 60 meter dengan kedalaman mencecah 20 meter, manakala permukaannya diselubungi api. Suhu panasnya di permukaan kawah melebihi 500 darjah celcius.

   Oleh kerana lubang ini mengeluarkan Gas Mentana (CH4), ahli geologi mengambil inisiatif membakarnya bagi menghindari pencemaran gas itu ke atmosfera. Ini kerana, Gas Mentana adalah antara gas rumah kaca yang dapat menyebabkan pemanasan global (global warmming). Potensinya memanaskan global jauh lebih tinggi berbanding gas Karbon Dioksida, iaitu daripada 72 (dihitung selama tempoh 20 tahun) ataupun 25 (bagi jangka waktu 100 tahun) kali ganda. Disamping itu , Gas Mentana mempengaruhi kemerosotan lapisan ozon.

   Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah "pintu neraka" itu ukurannya melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi membuatkan ia terbakar "walau terkena air hujan pun apinya tidak mati"
Lubang api raksasa itu kelihatan dari jauh kerana berada didaratan tandus yang luas. Bila malam tampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari "pintu neraka".


Para ahli Vulkanalogi membuat kesimpulan 'Pintu Neraka' Turkmenistan adalah mulut kawah  (summit crater) iaitu antara element dasar gunung berapi. Mulut kawah ini adalah bahagian luar daripada permukaan gunung berapi, sementara di dalamnya ada saluran (tunnel) yang besambung ke ruang magma. Menariknya, pintu neraka Turkmenistan ini adalah kawah yang terletak pada permukaan yang mendatar. Umumnya, mengikut kajian perihal asal usul , struktur dan perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi ataupun geomorfologi, kawah terletak pada permukaan yang berbentuk kon tirus ke atas. Kawahnya adalah kawah berapi yang terjadi akibat aktiviti tangan manusia sendiri dan sebahagian besarnya terbentuk hasil daripada proses alam, manakala permukaan terisi air hujan, salji yang mencair, ataupun tasik kawah.

Fenomena pintu neraka tidak hanya berlaku di Turkmenistan tetapi turut dijumpai di beberapa kawasan lain di dunia, seperti di Rotorua di New Zealand, Afar di Timur Laut Ethiopia, dan Gunung Erebus di Antartika. 


Renungan

Apabila alam memperlihatkan keindahannya, pesonanya itu mampu menenangkan hati orang yang memerhatikannya. Namun membuat hati menjadi gundah, gelisah, dan tergugat lalu sentiasa ingat kepada Penciptanya. Begitulah juga dengan fenomena alam 'pintu neraka' Turkmenistan ini. Apabila pintu nerak dunia sahaja sudah begitu menakutkan, bagaimana keadaan nerak yang sebenar di akhirat kelak.
Allah menerangkan dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."




Rujukan 

1. Kitab "50 Misteri Yang Menggemparkan Dunia" bahagian 1 : Fenomena Alam , halaman 18.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Alam Saintifik - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -