Saya meyakini bahawa sesiapa yang membaca kisah ini pasti akan merasa takjub tentang bagaimana penciptaan alam semester yang di rakamkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. Dr. Danial Zainal Abidin menulis di dalam sebuah kitabnya "Quran Saintific" mengatakan bahawa alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah Al-Anbiya' ayat 30 Allah berkata, "Apakah orang-orang kafir itu tidak melihat langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."
Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadia langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.
Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan perhatian, iaitu ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataan Arab raqata yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan mengucup. Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka terungkai dan mengembang.
Berhubung dengan ayat ini, imam Said bin Jubair berkata. " Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang
dimaksudkan Allah dalam ayat ini." Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam Al-Asas
Fi Al-Tafsir , " Tafsiran yang dibuat sebagai contohnya oleh imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini. " Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.
Teori Big Bang
Teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis berhubung permulaan alam Semesta pada hari ini dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut laporan yang terdapat di laman web NASA, dalam segmen Bigbang Cosmology, Kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa milimeter sahaja. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat hari ini. Mengikut teori Big Bang alam ini pada asalnya bercantum padu, sekitar 13.7 bilion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-plenet, galaksi dan yang seumpamanya.
Teori ini pada asalnya dicadangkan berasaskan formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan lagi teori Big Bang ini.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemukan bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti dengan pengembangan selepas itu. Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya, menguatkan lagi teori Big Bang. Kajian mengenai tahap radiasi di angkasa raya dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias dan Robert Wilson, pada tahun 1965, dan penemuan ini disahkan oleh pakar-pakar sains yang lain dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989 hingga 1993. Pada hari ini dengan kewujudan alat dan prsanara yang canggih , sebagai contoh , makmal CERN yang terletak berhampiran dengan bandar Geneva si Switzerland, banyak kajian baru dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini mengukuhkan lagi teori bing bang. Hal ini dilaporkan oleh Particle Physics and Astronomy Research Council (PPARC,UK) dalam artikel bertajuk Big Bang Science (1999). Pada hari ini teori big bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden (standard cosmology) pada hari ini.
Justeru kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr.Alfred Kroner. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di jabatan Geology di institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata, "Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya.