- Back to Home »
- Penciptaan Alam daripada Asap
Posted by : Unknown
Monday, 14 April 2014
Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalam asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan yang bermaksud, "Kemudian dia menuju ke langit, dan langit pada masa itu berbentuk asap, lalu dia berkata kepada langit dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk."
Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam, kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit, dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu bata kepada kelahiran bintang , galaksi, bumi dan yang seumpamanya.
Seperkara yang perlu kita focuskan adalah berkaitan dengan petanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada keduanya-duanya hendak datang secara tunduk atau terpaksa. Keduanya memilih secara tunduk dan taat. Ia mengisaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan (probability), kebetulan(chance) ataupun rambang(at random). Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan, iaitu sistem dan perencanaan Allah. Bayangkan apa yang berlaku sekiranya alam semeta terjadi mengikut hukum kemungkinan, kebetulan ataupun rambang. Ia tidak akan teratur dan sistematik berbanding sekarang ini. Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mangatur process kejadia alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa sebarang kepincangan menunjukan memang wujud di sana yang maha perancang iaitu Allah.
Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam Superforce: The Search for a Grand Unified Theory of Nature (1984) berkata, " Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dasyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang.
Dalam Surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang object di langit. Yang wujud adalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi Al-Tafsir,As-Syeikh Said Hawa berkata, "Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam Al-Quran.
Perkataan yang digunakan dalam ayat ini melambangkan asap adalah dukhan. Dalam bahasa Inggeris Dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasanan di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas. Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkanya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas, fog of neutral hydrogen and helium, hot mass of gas dan yang seumpanya. Ia bermaksud gas-gas diperingkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi dan yang seumpamanya.
Salah satu kajian yang dilakukan dalam budang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proces penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron, dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudianya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen da helium.
Selepas 300000 tahun berlalu (selepas big bang) , gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti, dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi, planet dan bumi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang : Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press, NewYork, 1993)
Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikle bertajuk Gas Clouds In Space , Keay Davison melaporkan para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.