Posted by : Unknown Saturday, 22 March 2014


   Sekiranya anda sedang berjalan-jalan di tepi sungai pada musim salji, jangan terkejut apabila tiba-tiba anda melihat sebuah piring ais raksasa yang berpusar atau sedang berpusing. Jangan anda membuat andaian bahawa UFO telah mendarat di sungai tersebut.  Sebenarnya, lingkaran ais itu adalah fenomena alam yang dikenal sebagai  "Ice Circle".

   Ice Circle ataupun disebut sebagai ice discl ice ring adalah fenomena alam yang terjadi pada arus air yang perlahan di kawasan beriklim sejuk, biasanya fenomena ini terjadi ketika salji mulai mencair.  Fenomena ini mula disebarkan pertama kali pada tahun 1895 oleh majalah Scientific American. London news juga  pernah melaporkan perkara ini kerana pernah terjadi di Toronto pada tahun 1930.

   Ice  circle terbentuk kerana adanya aliran air yang mengalami dinamik bendalir berpusar (circular motion) ketika melalui satu-satu halangan. Aliran air yang bergerak itu mencipta ruang di sekitar sisi hilir object sehingga mematahkan bongkahan ais dan kemudian berpusar. Hasil daripada aliran air yang berlarutan itu, bongkahan ais itu terus berpusar dan melincinkan bahagian tepi ais itu sehingga membentuk lingkaran sempurna.  Tahap kelajuan ice circle itu berpusar bergantung kepada tahap kelajuan aliran air di sungai tersebut. Kebiasannya ice circle berpusar dengan kejalajuan minimum.


Fenomena ini berlaku di beberapa negara seperti Amerika, Norway, Scandinavia, Sweden, Britain, Russia, Kutub Utara dan Kanada. Ukuran 'ice circle' yang terbentuk mempunyai diameter yang berbeza-beza iaitu dari hanya sekadar puluhan sentimeter sehingga lingkaran raksasa berdiameter empat meter seperti yang terjadi di Sweden. Ada kalanya hanya ada sebuah 'ice circle yang terbentuk, tetapi di beberapa negara ice circle yang terbentuk dapat mencapai puluhan buah di lokasi yang sama, seperti yang terjadi di Sungai Sheridan di Rattray, Marsh Conservation Area di Kanada, Sungai di Templin Garden, Kanada dan sungai Llugwy di Britain.


Renungan 

Alam ini indah bak lukisan yang berpadu dengan keharmonian warna, ciptaan yang teratur, tenaga pembentukkannya, serta lakaran ciptaan corak yang melukisnya. Begitu juga dengan adanya lukisan alam semesta menunjukkan adanya ' Pelukis' alam semesta, iaitu Allah . Allah menjelaskan dalam surah Al-Furqan, ayat 2 yang bermaksud : 

"Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukuran dengan serapi-rapinya."

Rujukan 

1. Kitab '50 Misteri Menggemparkan Dunia' bahagian 1 : Fenomena Alam, Halaman 43.
2. Video http://www.youtube.com/watch?v=65Aos10YJTs

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Alam Saintifik - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -